BACELOR SAINS 
(SAINS BIOPERUBATAN)
 
 
Jabatan Sains Bioperubatan,
Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan,
Universiti Putra Malaysia,
1997/98

 
PENGENALAN JABATAN

Program Bacelor Sains (Sains Bioperubatan) diujudkan pada tahun pengajian 1993/94 (bulan julai 93) di bawah anjuran Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan. Pada 1 hb Ogos 1996 terujudlah Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan yang menggabungkan Jabatan Sains Bioperubatan dan Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Komuniti. 
 
 
FALSAFAH JABATAN 

Jabatan Sains Bioperubatan mempunyai tujuan membekalkan pelajar dengan pengetahuan :  

  • Proses kehidupan normal haiwan dan manusia yang merangkumi pengetahuan anatomi, fisiologi, biologi sel dan biokimia.
  • Penyakit atau proses kehidupan tidak normal yang merangkumi pengetahuan kesan mikrobiologi, imunologi, kerosakan teroleh dan terwaris pada sistem kehidupan.
  • Penggunaan drug dalam meringankan keadaan penyakit dan penaksiran ke atas kapasiti drug penyebab kecederaan menerusi pengetahuan farmakologi dan toksikologi.

  • Mengendalikan penyelidikan, diagnosis dan teknik penyaringan secara bebas dalam pelbagai bidang Sains Bioperubatan. 
     
 
PROGRAM AKADEMIK 

Pada masa ini Jabatan Sains Bioperubatan menawarkan kursus-kursus bioperubatan pada peringkat bacelor di dalam bidang bioperubatan (selama 3 tahun/6 semester). Pelajar-pelajar boleh memilih untuk membuat pilihan utama dalam bidang farmaklogi dan toksikologi, bioteknologi, mikrobiologi pemakan dan fisiologi. Jabatan Sains Bioperubatan juga mengendalikan program sarjana sains (jangkamasa 2 tahun) dan Doktor Falsafah (jangkamasa 3 tahun ) di dalam subjek-subjek yang tersebut di atas.  
  
 
PEMBAHAGIAN KURSUS 

Program bacelor sains (Sains Bioperubatan) memerlukan pelajar memenuhi keperluan 120 kredit. Di samping itu pelajar-pelajar adalah diwajibkan menjalani latihan makmal luar kampus masing-masing selama 8 minggu.  
 

 
PROSPEK KERJAYA
  
Graduan lulusan B.S. (Sains Bioperubatan) adalah layak bekerja sebagai Pegawai Sains, Pegawai Penyelidik di institusi-institusi penyelidikan , hospital, Universiti, Firma drug dan lain-lain firma yang berhubungkait dengan makanan dan kesihatan.  
 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:  
  

Ketua,
Jabatan Sains Bioperubatan,
Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor.
Tel: 03-9486101-110
Fax: 603-9426957

  
 
Menu | Sains Perubatan | Pemakanan